Video : Hukuman Pencuri Muda




RIO DE JANEIRO: Bandar Rio de Janeiro antara lokasi tumpuan pelancong popular di Brazil dan terkenal dengan jenayah seperti mencuri yang berleluasa.

Biasanya penjenayah yang ditangkap kerana mencuri di bandar ini dibelasah orang ramai sebelum diserah kepada pihak berkuasa.

Namun, mungkin cara seperti itu kurang memberi pengajaran menyebabkan penduduk memilih pelbagai cara baru untuk ‘menghukum’ si pencuri.


Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Viral4real, menunjukkan seorang remaja lelaki ditangkap kerana cuba mencuri daripada seorang pelancong.


Beberapa penduduk yang menangkap penjenayah muda itu memilih menghukum sendiri suspek daripada menyerahkannya kepada polis. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA