Video Cucu Donald Trump Baca Puisi Dalam Bahasa Mandarin Viral Di China



SATU klip video cucu kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini viral di China.

Video itu menampilkan Arabella Kushner, 5, membaca puisi dalam bahasa Mandarin sambil memakai gaun merah di sudut rumah yang dihiasi dengan tema Tahun Baru Cina.

Memetik laporan CNN.com, video asal berkenaan dimuat naik oleh ibu kepada Kushner iaitu Ivanka Trump sempena Tahun Baru Cina pada Februari tahun ini.

Ia hanya viral di China baru-baru ini setelah Trump memenangi Pilihan Raya AS minggu lepas.

Laporan yang sama turut memetik reaksi netizen China di laman media sosial Weibo.

Antaranya netizen China memuji Kushner yang pandai bertutur dalam bahasa Mandarin.

Ada juga yang berkata bahawa Trump akan mengeratkan hubungan antara AS dan China.

Sebelum ini, Ivanka memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa Kushner belajar Mandarin bersama seorang pengasuh bangsa China sejak umurnya setahun. - Astro Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA