Usain Bolt Sertai Latihan Borussia Dortmund


DORTMUND: Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengesahkan, pemenang sembilan pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik, Usain Bolt akan berlatih bersama pemain pasukan itu.

Ketika ditemu bual bersama The Guar­dian baru-baru ini, jagut pecut Jamaica berusia 30 tahun itu mendedahkan sedang menjalani proses perbincangan bersama pihak-pihak tertentu untuk menceburi sukan bola sepak profesional.

Sehubungan itu, Watzke menjelaskan, legenda pecut Olimpik itu akan menyertai pemain-pemain berprofil tinggi seperti Pierre-Eme­rick Aubameyang, Marco Reus dan Mario Gotze menjalani sesi latihan di Signal Iduna Park yang menjadi kem Dortmund.

“Ia bukan suatu gurauan apabila Bolt memang akan berlatih dengan kami selepas ini. Ia kerana keputusan tersebut sememangnya telah dipersetujui sebelum ini lagi.

“Ketua Pegawai Eksekutif Puma, Bjorn Gulden yang juga sebahagian Ahli Lembaga Pengarah Borussia Dortmud turut pernah memberitahu saya mengenai hasrat Bolt untuk menjalani latihan bersama Dortmund.

“Saya secara terbuka mempelawa Bolt datang ke Dortmund. Ketua jurulatih (Thomas Tuchel) juga bersetuju dengan permintaan Bolt. Kemungkinan besar Bolt akan berlatih apabila jadual kami tidak padat,” katanya.

Pada masa sama, Watzke juga menegaskan, Bolt tidak akan diberi kontrak tetap, sebaliknya pihak pengurusan Dortmund berbesar hati membenarkan jaguh pecut itu berlatih bersama pemain-pemain mereka.– Agensi



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA