UMS, Unimas Meterai MoA Bidang Penyelidikan



KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan.

Pada majlis yang berlangsung di UMS di sini hari ini, UMS dan Unimas diwakili Naib Canselor masing-masing iaitu Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dan Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Menerusi MoA itu, UMS dan Unimas masing-masing menyumbang geran penyelidikan sebanyak RM250,000 bagi membiayai projek penyelidikan bagi tempoh dua tahun melibatkan bidang sains tulen, sains tabii dan warisan negara, sains kesihatan dan klinikal serta sains sosial.

MoA itu juga untuk meningkatkan amaun dan kualiti penyelidikan; meningkatkan bilangan penyelidik berkualiti serta bilangan penerbitan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pemeteraian MoA itu, Mohd Harun berkata perjanjian itu dijalin berikutan UMS dan Unimas mempunyai kekuatan dan persamaan dari segi biodiversiti.

Mohamad Kadim pula yakin kedua-dua universiti mampu menghasilkan penyelidikan yang memberi manfaat kepada universiti sekali gus masyarakat. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA