TVET Antara Faktor Menarik Pelaburan Asing


KUALA LUMPUR - Ketersediaan guna tenaga berkemahiran terutamanya yang mempunyai kelayakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan antara faktor yang menarik pelaburan asing ke negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata, bagaimanapun ia bukan satu-satunya faktor penentu pelabur asing berpotensi untuk melabur dan menempatkan projek pengilangan mereka ke negara ini.

"Antara faktor utama pelabur asing memilih negara ini adalah kerajaan yang pro-perniagaan dan menyokong pembangunan industri, polisi pelaburan yang liberal dan relevan, kadar pertumbuhan ekonomi positif dan kemudahan infrastruktur yang baik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang ingin tahu sejauh mana kebenaran bahawa TVET selari dengan tarikan kemasukan lebih banyak pelabur asing ke Malaysia menjelang tahun 2020.

Chua berkata pemerkasaan program TVET penting bagi menghasilkan tenaga kerja mahir melalui pendedahan langsung dalam proses kerja sebenar. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA