Turki Pecat 15,000 Penjawat Awam, Tutup Akhbar


ANKARA: Turki hari ini memecat hampir 15,000 penjawat awam, pegawai tentera, polis dan lain-lain jawatan selain menutup lebih 500 institusi dan premis akhbar susulan siasatan berhubung rampasan kuasa yang gagal Julai lalu, kata pihak berkuasa dalam dua kenyataan rasmi.

Lebih daripada 110,000 orang sudah dipecat atau digantung dalam dari perkhidmatan tentera, awam, badan kehakiman dan bidang lain manakala 36,000 dipenjara sementara menanti perbicaraan sebagai sebahagian daripada siasatan susulan pemberontakan yang gagal.

Ankara menyalahkan ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen dan penyokongnya yang digelar "Pertubuhan Keganasan Gulenist," mendalangi usaha rampasan kuasa, hingga menyebabkan lebih daripada 240 orang terbunuh.

Gulen, yang menetap dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, tetap menafikan pembabitannya dan mengutuk rampasan kuasa itu. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA