Tunku Ismail Diiktiraf Ahli Kehormat WFS

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Ahli Kehormat Persidangan Bola Sepak Dunia (WFS).

Laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, Tunku Ismail menerima pengiktirafan itu selepas dijemput berucap pada persidangan itu di Sepanyol baru-baru ini.

“WFS yang dihadiri oleh jurucakap dari beberapa kelab besar seluruh dunia itu juga bakal diadakan di Johor pada masa akan datang.

“Ahli panel tertinggi WFS mencadangkannya kepada Tunku Mahkota Johor,” kata laman Facebook itu hari ini.

Laman Facebook berkenaan berkata, perkembangan itu merupakan satu pengiktirafan kepada JDT di mata dunia kerana ia merupakan persidangan yang dihadiri tokoh-tokoh terkemuka dan berpengaruh dalam sukan bola sepak. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA