Tsunami: Penduduk Fukushima Diarah Pindah



TOKYO: Kenderaan dengan lampu terpasang kelihatan bederet di tepi laluan pantai berikutan arahan kerajaan supaya penduduk pindah ke kawasan tingggi.

Ini berikutan gempa kuat dengan magnitud 7.4 yang melanda di luar pantai Fukushima, pada 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi Malaysia).

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak bakal mencecah 3 meter (10 kaki) di Fukushima.

Tsunami setinggi 90 sentimeter (3 kaki) direkodkan selepas sejam gempa berlaku.

Sehubungan itu, amaran dikeluarkan.

Fukishima adalah kawasan industri nuklear yang dimusnahkan oleh tsunami pada 2011.- Harian Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA