• Trump Hanya Akan Ambil Gaji AS$1 Setahun

    Published: Monday, 14 November 2016
    A- A+

    DONALD Trump mendedahkan bahawa beliau hanya akan menerima gaji sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) sebanyak AS$1 (RM4.29) setahun.

    Jutawan itu tidak akan mengambil gaji AS$400,000 (RM1.72 juta) apabila menerajui pentadbiran negara itu pada Januari depan.

    Sebaliknya, beliau hanya akan mengambil jumlah minimum AS$1 sebagaimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang.

    Beliau berkata demikian menerusi wawancara pertamanya selepas memenangi pilihan raya presiden di kediamannya di Manhattan, New York.

    Wawancara itu disiarkan menerusi saluran CBS dalam program '60 Minutes'. - Mirror

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Hanya Akan Ambil Gaji AS$1 Setahun "