Trump Hampiri Kemenangan, Pasaran Saham Menjunam

Dolar Amerika Syarikat (AS) dan pasaran saham global menjunam pagi ini berikutan kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan kemenangan mengejut calon Parti Republikan, Donald Trump pada pilihan raya Presiden negara itu, yang boleh menjejaskan suasana politik global.

Donald TrumpSetiap saluran TV mengunjurkan pilihan raya Presiden AS kali ini begitu sengit daripada jangkaan orang ramai, menyebabkan pelabur memindahkan pelaburan mereka kepada aset yang lebih selamat.

Tindakan pelabur itu melonjakkan pasaran bon dan emas, manakala peso Mexico merekodkan kejatuhan besar apabila pusat pengundian di North Carolina memberi kemenangan kepada Trump.

Sehingga 0410 GMT, Trump mendahului pesaingnya daripada Demokratik, Hillary Clinton dengan kelebihan enam undi iaitu 215 – 209, dengan beberapa pusat pengundian utama belum memperoleh keputusan. diputuskan.

Calon presiden memerlukan 270 undi untuk menang. Niaga pasaran hadapan AS susut lebih 4.5 peratus, kerugian yang menyerupai ketika rakyat British mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada bulan Jun lalu, mengakibatkan pasaran saham kerugian bernilai trilion dolar.

Pasaran bimbang bahawa kemenangan Trump boleh menyebabkan kegawatan ekonomi dan perdagangan global, serta tidak merangsang Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah pada bulan Disember ini seperti yang dijangkakan.

Di Korea Selatan, pihak berkuasa negara itu terpaksa campur tangan untuk menstabilkan mata wang mereka, dan peniaga khuatir jika bank pusat di seluruh dunia akan turut campur tangan untuk meredakan kebimbangan.

Suasana di Mexico lebih membimbangkan apabila peso menjunam lebih 12 peratus berbanding dolar AS dalam pergerakan harian terbesar dalam tempoh dua dekad. Mexico itu bimbang kemenangan Trump akan menjejaskan ekonomi eksport negara itu.

Saham Asia juga terjejas teruk, dengan indeks luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun turun lebih daripada tiga peratus pada satu ketika, dan Nikkei tenggelam hampir lima peratus.

Namun, mata wang Jepun memberi reaksi berbesar terhadap kemungkinan kemenangan Trump apabila dolar AS susut 3.5 peratus berbanding ¥ 101,70, manakala euro melonjak 2.2 peratus kepada $1,1265. – Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA