Trump Diiring Turun Dari Pentas Gara-gara Ancaman Pistol Palsu



RENO: Calon Republikan Rumah Putih, Donald Trump terpaksa diiring turun dari pentas oleh pegawai keselamatan semalam selepas dikejutkan oleh ancaman pistol palsu ketika muncul untuk berkempen.

Perkhidmatan Rahsia AS, yang menyediakan perlindungan keselamatan untuk calon presiden, berkata seseorang di khalayak ramai menjerit 'senjata' namun tiada senjata ditemui.

Trump kemudian meneruskan ucapannya di Reno, Nevada dan seorang suspek yang ditahan ketika kejadian sudah dibebaskan, kata media tempatan. 

Jutawan hartanah berusia 70 tahun itu muncul semula hanya beberapa minit selepas dipimpin keluar oleh pegawai Perkhidmatan Rahsia, yang menjadikan diri mereka sebagai perisai manusia. 

"Tiada siapa yang kata ia mudah bagi kami, tapi kami tidak akan dihalang, tidak akan dihalang.

Ini adalah kali kedua Trump diiring turun dari pentas oleh pihak keselamatan sepanjang siri kempen menjelang pilihan raya AS dan kempen beliau sering diganggu oleh penunjuk perasaan. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA