Trump Ancam 'Tamatkan Perjanjian' Dengan Cuba


NEW YORK: Bakal presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam untuk "menamatkan perjanjian" dengan Cuba tidak lama selepas kematian pemimpin revolusinya, Fidel Castro.

Dalam tweetnya, Trump menyasarkan pemulihan hubungan Havana-Washington yang dimulakan pentadbiran Presiden Barack Obama.


"Jika Cuba enggan menawarkan sesuatu yang lebih baik untuk rakyat Cuba, rakyat Cuba-Amerika dan Amerika Syarikat secara keseluruhannya, saya akan menamatkan perjanjian itu," katanya.

Beliau berkata demikian berikutan kematian ikon Cuba itu Sabtu lalu, selepas memuat naik tweet "Fidel Castro sudah mati!"

Jurucakap White House, Josh Earnest, berkata kematian Castro tidak mungkin memberi sebarang kesan ke atas fasa baharu hubungan antara dua musuh lama itu.

Kedua-dua negara menjadi musuh ideologi selepas revolusi 1959 di Cuba, apabila Fidel Castro mula berkuasa dan kekal bermusuhan walaupun selepas berakhirnya Perang Dingin.


Hubungan diplomatik Washington dan Havana bagaimanapun, dipulihkan selepas 18 bulan rundingan sulit yang membawa kepada pengumuman bersama pada 17 Disember, 2014. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA