TPM Tinjau Sidang DUN Sarawak


KUCHING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa mengikuti Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Sarawak, tiba di Kompleks DUN di sini pada jam 9.40 pagi dan dibawa masuk ke dewan persidangan.

Beliau akan melakukan kunjungan ke atas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, di pejabatnya di tingkat lima bangunan DUN, pagi ini.

Ini disusuli ke Astana Negeri bersebelahan Kompleks DUN untuk menerima darjah kebesaran negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA