Tongkang Karam Di Pulau Bruit, Empat Masih Hilang


MUKAH: Empat daripada enam kru kapal tongkang yang membawa muatan batu kelikir dilaporkan hilang selepas kapal berkenaan karam pagi tadi.

Dalam kejadian yang berkemungkinan awal pagi tadi itu di Kampung Petanak, Pulau Bruit, di sini, dua daripada kru kapal dilaporkan selamat.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan jam 8.33 pagi tadi dan gerakan mencari dan menyelamat kru kapal yang masih hilang dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah digerakkan di lokasi kejadian.

Sehingga berita ini ditulis, nasib keempat-empat kru kapal berkenaan masih belum diketahui.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA