Tolak Teman Wanita Ke Landasan Kereta Api



JEPUN: Seorang pelajar sebuah Universiti Kaio ditahan selepas menolak teman wanitanya dari platform ke landasan kereta api stesen Hiyoshi, pada Ahad.

Laporan Japan Times mengatakan Yuki Ozawa, 22, akan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh teman wanitanya yang berusia 21 tahun dari universiti sama.

Mangsa terselamat dari digilis kereta api selepas seorang penumpang memberi amaran kepada kakitangan stesen.

Kakitangan stesen kemudian menekan butang kecemasan untuk menghentikan kereta api yang kemudian berhenti 400 meter dari lokasi mangsa jatuh.

Ketika ditahan polis, Yuki mengaku menolak teman wanitanya tetapi menafikan dia berniat untuk melakukan pembunuhan. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA