Tingkat Daya Saing, Kemahiran Hadapi Kelembapan Global - PM


LIMA (Peru): Rakyat perlu tingkatkan daya saing dan tambah kemahiran untuk hadapi kelembapan perdagangan dunia dan ekonomi global.

Datuk Seri Najib Razak berkata, ketika kerajaan berusaha merangka pelbagai program bagi menghadapi kelembapan itu, rakyat juga perlu mempersiapkan diri.

Perdana Menteri berkata, Bank Dunia mengunjurkan kelembapan ekonomi dunia merosot daripada 2.9 kepada 2.4 peratus, manakala Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengunjurkan penguncupan daripada 3.6 peratus kepada 1.6 hingga 3.1 peratus.

Bagi pihak kerajaan, Najib berkata pelbagai langkah dirancang, termasuk program digital ekonomi dan projek pembangunan untuk pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, hari ini.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA