Tikus Dijadikan Daging Burger



JIJIK tapi lain pula di Rusia apabila sebuah restoran, Krasnodar Bistro memperkenalkan burger daging tikus pada harga RM37.55. Ia diperkenalkan oleh chef dan pemilik restoran berkenaan, Takhir Kholikberdiev.

Beliau percaya tikus adalah haiwan yang bersih, bukan sahaja ia jenis herbivor malah binatang itu mengandungi Omega-3 yang tinggi.

“Ramai doktor dan pakar pemakanan mencadangkannya,’’ kata Takhr kepada The Guardian.

Jelasnya, burger tikus kini telah tersebar ke seluruh Rusia dan selain di Moscow, beliau turut memperkenalkan makanan itu di beberapa cawangan restorannya yang lain.

“Konsep ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan dan pengkritik. Kini, jika anda ke Moscow, ia mungkin tidak akan dapat dihidangkan setiap hari, tetapi anda akan mendapatkannya dalam masa seminggu jika anda memintanya,’’ kata Takhir.

Selain burger tikus, restoran Takhir turut memperkenalkan hotdog tikus dan dumpling tikus. - mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA