Tiket East Coast Rail Line Kos RM520?


BARU-BARU ini, satu post telah menjadi viral dengan dakwaan bahawa setiap tiket untuk projek ECRL East Coast Rail Line (Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur) perlu dijual pada harga yang sangat mahal iaitu RM520.

Ini menjadi satu masalah apabila ada yang ingat kos dan pendapatan ECRL ini seperti masalah matematik darjah 6 dan boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan kalkulator.

ECRL merupakan perkhidmatan awam seperti jalan raya dan dan lampu jalan.

Memang telah dijangka yang pendapatan ECRL itu sendiri tidak akan menanggung kos pembinaannya secara langsung.

Mesej yang menjadi viral itu tidak mengambil kira perkembangan ekonomi yang bakal dinikmati oleh penduduk di Pantai Timur termasuk yang miskin.

Dengan adanya ECRL ini nanti, ekonomi negara akan menjadi lebih makmur dan pendapatan negara akan bertambah.

Sesiapa yang mengarang mesej tersebut tidak berani untuk meletakkan namanya kerana dia sendiri tahu, kiraannya itu salah dan motifnya adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Kalau kita percaya dengan mesej-mesej sebigini, dengan logik yang sama, kerajaan patut berhenti membuat lampu jalan, sekolah, masjid dan banyak lagi kerana memang kerajaan tidak akan mendapat kembali duit yang dibelanjakan secara langsung melalui infrastruktur-infastruktur yang dibina kerajaan.

Dia mempunyai pengetahuan yang sangat cetek tentang pelaburan sesebuah negara tetapi rakyat lebih cerdik! – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA