Tiga Rentung Di Kampung Baru Sandakan



SANDAKAN: Tiga orang rentung selepas sebuah rumah di Kampung Baru, Batu 18 dekat sini, musnah dalam kebakaran malam ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, identiti, jantina dan umur ketiga-tiga mangsa belum dapat dikenal pasti.

Kenyataan itu menambah mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung ditemui oleh anggota bomba dalam rumah itu.

Menurut kenyataan itu, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.30 malam dan bomba bersama tiba di tempat kejadian pada 10.11 malam.

Operasi memadamkan kebakaran dijalankan oleh 10 anggota bomba menggunakan dua jentera dan sebuah kenderaan utiliti. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA