Tiga Maut, 12 Hilang Kapal Pengangkut Bertembung


INDONESIA: Sebuah kapal pengangkut Vietnam dan kapal layar Indonesia berlanggar di luar wilayah Jawa Timur Indonesia menyebabkan tiga maut manakala 12 yang lain masih hilang, kata agensi mencari dan menyelamat Indonesia.

Agensi Mitagasi Bencana Tempatan, Joko Loediyoni berkata, kapal kargo MV Thaison 4 dan KM Mulya Sejati, yang membawa 27 orang, bertembung di luar daerah Tuban.

Laporan media memetik saksi sebagai berkata, bot Indonesia karam selepas dilanggar dari belakang oleh kapal pengangkut yang kini berlabuh di bandar Lamongan untuk siasatan.

Kapal pengangkut yang sarat membawa tepung ubi dilaporkan menuju ke pelabuhan Tanjung Perak di Surabaya, Jawa Timur.

Kesemua mangsa adalah dari bot Indonesia, dan 12 telah diselamatkan dan dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan.

Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) berkata, penyelamat telah menemui tiga mayat pada petang Ahad.

"Carian mangsa yang hilang diteruskan dengan bantuan tentera laut yang menghantr dua kapal perang untuk menyertai helikopter dari BASARNAS," kata Loediyono dipetik AP.- Sinar Harian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA