Tersangkut Di Ampaian Flat, Warga Emas Terselamat Maut


BERPANTANG maut sebelum ajal. Itulah yang dihadapi oleh seorang warga emas dari China apabila ‘diselamatkan’ oleh ampaian selepas terjatuh dari balkoni kediamannya.

Dalam kejadian pada 22 November lalu, mangsa berusia 90 tahun itu tersangkut di ampaian tingkat tiga bangunan kediamannya di Wuhu, wilayah Anhui.

Menurut sebuah laman berita tempatan negara itu, ketika kejadian mangsa ditemani oleh dua jirannya sehingga bantuan kecemasan tiba.

Beberapa keping gambar warga emas itu terjuntai secara terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki tersangkut di ampaian tingkat tiga bangunan berkenaan juga tersebar di laman sesawang.

Beberapa netizen yang kebetulan melalui kawasan kejadian cuba memanjat balkoni bangunan tersebut dengan tujuan untuk membantu mangsa.



Mangsa diselamatkan oleh pasukan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun tiada kecederaan serius yang dialaminya.

Manakala foto yang tersebar pula mengundang pelbagai reaksi daripada netizen setelah dimuat naik di laman ifeng.com.

Salah seorang daripada mereka berkata, “Ampaian itu berkualiti tinggi.”

Manakala seorang lagi menulis, “Seperti peribahasa Cina berkata, jiran yang baik adalah lebih baik daripada saudara-mara yang jauh.”

Dan seorang lagi pengguna berkata, “Adakah warga emas itu belajar kung fu sewaktu dia muda,” soalnya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA