Terlajak Murah, Kek Dijual RM1 Sepotong



VIRAL menerusi laman Facebook memaparkan beberapa keping gambar deretan kek dipercayai dijual dengan harga hanya RM1 sepotong kepada pelanggan.

Menurusi foto yang diviralkan itu, terdapat pelbagai seleksi kek yang boleh dipilih oleh pelanggan antaranya kek Red Velvet, Blueberry Cheese, kek coklat dan banyak lagi.

Memang tidak masuk akal harga dikenakan namun itulah realitinya apabila sebuah kedai kek yang terletak di Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan menawarkan harga ‘terlebih runtuh’ dan berjaya memikat hati pelanggan.

Kedai kek yang diberi nama Kedai Kek Singgit itu merupakan milik Mek Siti Industries (M) Sdn. Bhd. yang turut menjalankan perniagaan tepung kek segera.

Menurut seorang pengguna Facebook Aidiq Sufi, difahamkan pemilik perusahaan itu menggunakan strategi sebegitu kerana ingin membuat amal jariah.

Dia juga mahu memberi peluang kepada orang awam merasai kek yang susah didapati disebabkan harga pasarannya adalah mahal.

Malah pemilik perusahaan itu juga disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan pemurah.

Manakala pengguna Facebook lain iaitu Izzatiey Zetty yang pernah mencuba produk keluaran Mek Siti Industries memuji kualiti produk keluaran syarikat berkenaan.

Seorang lagi netizen iaitu Nick Fatihah yang turut sama berkongsi sekeping gambar di ruangan komen memaparkan deretan pelanggan sedang beratur menunggu giliran untuk memasuki premis berkenaan.

Tak kiralah apa sekali pun strategi yang digunakan dalam melariskan perniagaan, Mynewshub turut mendoakan perniagaan Mek Siti Industries terus sukses dan sentiasa dimurahkan rezeki. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA