Terjun Keluar Kereta, Elak Dirempuh Kren


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki nekad terjun keluar dari keretanya selepas sebuah kren bergerak menghala ke arahnya dalam kejadian jam 3.40 petang, semalam.

Tindakan itu menyelamatkannya berikutan kren terbabit bergerak tanpa kawalan gara-gara pemandunya dikatakan mengalami sawan sebelum merempuh Proton Wira dipandu lelaki berusia 35 tahun terbabit.

Ketika kejadian, lelaki terbabit dalam perjalanan dari Taman Sri Kenanga, Mengabang Telipot, Kuala Nerus menghala ke Batu Enam, di sini.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan diseret sejauh 15 meter dan mengalami kerosakan teruk.

Difahamkan, sebelum kejadian, kren yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan keluar dari simpang tiga bersebelahan sebuah stesen minyak sebelum memasuki laluan bertentangan.

Pemandu kren yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.myMetro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA