Taylor Paling Kaya


LOS ANGELES: Taylor Swift menduduki tangga pertama selebriti bawah usia 30 tahun paling kaya di dunia, menurut senarai yang dikeluarkan Forbes, semalam.

Penyanyi berusia 26 tahun itu dilapor meraih pendapatan berjumlah AS$170 juta (RM750 juta) tahun lalu.

Tempat kedua ialah kumpulan penyanyi One Direction, terdiri daripada empat anak muda yang memperoleh pendapatan sebanyak RM485 juta.

Pesaing individu terdekat Taylor ialah bintang bola sepak Barcelona dan Argentina, Lionel Messi yang menduduk tangga ketiga dengan pendapatan dianggar berjumlah RM360 juta. antara 1 Jun 2015 dan 2016.

Meskipun hanya terdapat empat wanita dalam senarai 37 orang itu (termasuk dua kumpulan pemuzik lelaki), tiga daripada mereka berada di lima tangga teratas - Adele dan Rihana, masing-masing mencatatkan pendapatan RM355 juta dan RM330 juta.

Jennifer Lawrence, satu-satunya aktres dalam senarai berkenaan dan penerima bayaran tertinggi di Hollywood, menduduki tangga ke-12 dengan RM203 juta.

Selebriti paling muda dalam senarai berkenaan ialah Justin Bieber yang menduduki tangga keenam dengan RM247 juta.

The Weeknd ialah seorang lagi penyanyi dalam senarai 10 teratas dengan pendapatan berjumlah RM242 juta.

Mereka yang turut tersenarai dalam tempat 10 teratas ialah pemain tenis Novak Djokovic. (tempat ke-7), pemain bola keranjang Kevin Durant (ke-8) dan pemain golf Jordan Spieth (ke-10).-Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA