• Tayang Payudara Sambil Bertugas Gunting Rambut

    Published: Thursday, 10 November 2016
    A- A+

    BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita separuh bogel tersebar menerusi laman sosial.

    Foto yang dimuat naik oleh sebuah laman di Facebook memaparkan seorang wanita hanya memakai baju dalam leka menggunting rambut seorang pelanggan lelaki di sebuah salun bernama Hotcuts.

    Salun berkenaan dipercayai terletak di Sydney, Australia dan dimiliki oleh seorang lelaki warga Poland iaitu Wojtek Wasilewski.

    Difahamkan, wanita-wanita yang bekerja di situ akan mendedahkan payu dara dan hanya memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut pelanggannya.

    Kewujudan salun itu pasti memberikan kepuasan tak terhingga buat pelanggan lelaki apabila ‘dijamu’ dengan pemandangan sebegitu.

    Apa tidaknya, sambil rambut dipotong, mata sempat ‘meliar’ ke tempat lain.

    Malah difahamkan, pelanggannya yang terdiri daripada kaum lelaki sanggup membayar A$60 (RM195) semata-mata untuk merasai pengalaman gunting rambut di kedai berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tayang Payudara Sambil Bertugas Gunting Rambut "