Tangga Eiffel Tower Dijual Jutaan Ringgit



PARIS - Sebahagian daripada tangga dari Menara Eiffel di Paris dijual lebih daripada setengah juta euro, iaitu lebih daripada 10 kali ganda anggaran pra-jualan, kata pelelong.

Pemengang tangga dari tingkat dua dan tiga mercu tanda paris itu dijual dengan harga $556,000 (RM2.4j) dalam satu sesi bidaan di sini.

Rumah lelong Articurial berkata, jualan pada Selasa mendapat sambutan di luar jangkaan termasuk daripada beberapa pembeli antarabangsa dengan bidaan meningkat pantas dari €20,000 euro jauh meninggalkan anggaran €40,000.

Memetik AFP, lelongan dimenangi oleh pembeli dari Asia yang membuat bidaan melalui telefon.

Pelelong, Francois Tajan berkata, bidaan melalui telefon dan di bilik lelongan menunjukkan monumen yang menjadi lambang budaya Perancis adalah bernilai.

Tangga yang dibina pada tahun 1889 oleh jurutera lagenda Perancis, Gustave Eiffel membina bangunan 324 meter (1,063 kaki) sebagai pusat Pameran Universal Paris.

Menara itu kemudian menjadi binaan ikonik melatari Paris dan adalah monumen Perancis yang paling kerap dilawati walaupun mahu dirobohkan beberapa tahun-tahun selepas pameran itu.

Menara Eiffel masih menjadi struktur ketiga tertinggi di negara itu, dan merupakan bangunan tertinggi di dunia selama 41 tahun sehingga pembinaan Bangunan Chrysler di New York pada tahun 1930.

Tangga telah dikeluarkan dari menara pada tahun 1983 untuk memberi laluan kepada lif dan dipotong menjadi 24 bahagian, dari dua hingga sembilan meter tinggi.

Beberapa telah dibeli oleh muzium manakala yang lain diletakkan di taman-taman Yayasan Yoshii di Yamanashi di Jepun, di tepi Statue of Liberty di New York dan di Walt Disney World di Florida. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA