Tanam Telinga Pada Lengan


Beijing: Seorang pakar bedah plastik berjaya menanam telinga tiruan pada lengan seorang lelaki, prosedur perubatan pertama seumpamanya.

Lelaki berkenaan, Ji, hilang telinga kanannya dalam satu kemalangan dan begitu mengharapkan akan memperolehnya semula, lapor Huanqiu.com.

Doktor Guo Shuzhong dari sebuah hospital di Xi’an di wilayah Shaanxi, menggunakan tulang rawan rusuk Ji untuk membentuk telinga baru dan dia menjangka melakukan pemindahan organ itu pada kepala lelaki berkenaan dalam masa empat bulan lagi.

Ji yang umurnya tidak dinyatakan, menjalani pelbagai pembedahan selepas kemalangan berkenaan kira-kira setahun lalu.

Sebelah kanan mukanya cedera teruk dalam kemalangan itu sehingga menyebabkan telinganya koyak dan tercabut. - Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA