• Tak Mampu Bayar Cukai Tertunggak, Che Ta Disekat Keluar Negara

    Published: Wednesday, 2 November 2016
    A- A+
    Nampaknya hajat Rozita Che Wan ingin meraikan ulangtahun kelahiran anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana di London terbantut apabila beliau berdepan dengan masalah cukai tertunggak, sekaligus tersekat untuk ke luar negara. Lebih mengecewakan lagi segala tempahan lokasi dan persiapan untuk menyambut majlis istimewa anaknya itu telah pun siap dilakukan.

    “Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar besar nilainya. Saya belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekaligus. Saya sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya perlu menyelesaikan tunggakan itu. Buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum saya mampu”

    “Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia berkecil hati. Cuma, moodnya kurang baik hari ini. Saya sendiri sebenarnya jarang membawanya ke acara membabitkan ramai orang. Jadi, memang dia tidak biasa dengan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara tersebut.

    Mengakui tidak mampu membayar jumlah tunggakan cukai yang terlalu besar, Che Ta semalam bagaimanapun tetap meneruskan majlis sambutan kelahiran anaknya itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Dengan bertemakan serba putih, Aaisyah tampil comel memakai gaun hijau bersama beg tangan berwarna pink di majlis tersebut di sisi ibu bapanya

    Sebelum ini Che Ta yang terkenal dengan sikap gemar berbelanja telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anaknya Amar dengan meriahnya di Santorini, Greece ketika mereka sekeluarga bercuti di sana. Apapun kami kongsikan beberapa gambar sambutan ulangtahun kelahiran Aaisyah semalam yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur - RK

    Subjects:

  • 1 comment to ''Tak Mampu Bayar Cukai Tertunggak, Che Ta Disekat Keluar Negara"

    ADD COMMENT
    1. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
      Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
      Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
      pinjaman
      tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
      pelanggan mesti
      Melebihi usia o f 18 tahun
      Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
      Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
      (Daviesruthfirm@gmail.com)

      ReplyDelete