• Tabung Haji Nafi Dakwaan Mata Wang Malaysia Tidak Laku

    Published: Tuesday, 22 November 2016
    A- A+


    KUALA LUMPUR:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial yang mendakwa kononnya mata wang Malaysia tidak diterima di Makkah dan Madinah, Arab Saudi.

    TH dalam satu kenyataan berkata, pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota suci berkenaan.

    "Selain itu, maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit, yang membolehkan pengeluaran wang antarabangsa, yang kononnya tidak diterima, dan turut tersebar di media sosial, juga adalah tidak benar.

    "Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang," kata TH.

    Sehubungan itu, TH berkata para jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan kad ATM atau debit, dinasihati untuk berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk maklumat penggunaan yang betul.- BERNAMA


    Subjects:

  • No Comment to " Tabung Haji Nafi Dakwaan Mata Wang Malaysia Tidak Laku "