Tabung Haji mampu bayar balik semua pendeposit

Dakwaan mengatakan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak mampu membayar balik semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus adalah tidak benar.

Perkara itu dinafikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Johan Abdullah yang menjelaskan dakwaan tersebut tidak benar sedangkan nilai aset boleh direalisasi dimiliki TH bernilai RM64.74 bilion.

“Pendeposit tidak perlu risau kerana semua simpanan mengikut konsep simpanan Al-Wadiah Yad Dhamanah serta dijamin oleh kerajaan.

“Saya berharap TH tidak dijadikan bahan politik mana-mana pihak dan mendatangkan kerisauan kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media penjelasan TH berkenaan kedudukan kewangan pada Rabu.

Semalam, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli mendakwa penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan terkini 31 Disember tahun lalu menunjukkan bahawa badan itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar balik semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus. - BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA