• Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren

    Published: Friday, 4 November 2016
    A- A+

    KLANG: Dua individu maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kenderaan yang dinaiki mereka berhampiran projek pembinaan di Persiaran Astana, Jalan Meru, tengah hari tadi.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri itu berusia dalam lingkungan 50-an menaiki kereta jenis Perodua Axia.

    Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang berkata, mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

    Menurutnya, seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 12.35 tengah hari dan berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.

    Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren "