Stesen TV Tak Sengaja Tayang Filem Lucah



Seluruh penduduk di Boston, Amerika Syarikat ‘bertuah’ selepas stesen penyiaran terkenal negara itu, CNN secara tidak sengaja menayangkan sebuah klip video lucah berdurasi 30 minit, beberapa hari lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 malam, stesen TV tersebut sepatutnya menyiarkan rancangan dokumentari penggembaraan yang dihoskan oleh Anthony Bourdain, “Anthony Bourdain Parts Unknown”, namun tanpa disedari telah menayangkan filem porno, lapor Mail Online.

Insiden tersebut terus tersebar dengan cepat di laman sosial Twitter selepas pengguna media sosial memuat naik imej yang menayangkan bintang lucah Riley Quinn muncul pada skirn televisyen mereka di Boston.

Mengikut laporan media, filem lucah itu disiarkan sekitar jam 10.30 malam hingga jam 11.00 malam, sebelum ditukar kepada rancangan lain.

Bagaimanapun, jurucakap CNN menafikan insiden tersebut berlaku disebabkan oleh kesilapan teknikal daripada pihaknya.

Sebaliknya, CNN mendakwa ia adalah kesilapan yang dilakukan oleh pengendali stesen tersebut di Boston iaitu syarikat RCN.

Siasatan yang dijalankan syarikat RCN mengesahkan hanya penonton di Boston sahaja yang ‘terjejas’.

“Pengendali stesen RCN di Boston menyiarkan kandungan yang tidak sesuai selama 30 minit di stesen TV CNN. Kami telah meminta penjelasan,” kata jurucakap CNN memetik laporan Mail online.

Sementara, pelakon lucah terbabit mengucapkan terima kasih kepada CNN kerana memberikan publisiti percuma kepadanya.- mD

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA