Stesen Janakuasa China Runtuh Ragut 22 Nyawa



BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 orang maut apabila sebahagian daripada stesen janakuasa yang sedang dalam pembinaan di China, runtuh hari ini.

Agensi berita Xinhua berkata, sebuah platform menara penyejuk dilapor jatuh ke tanah memerangkap sejumlah pekerja yang tidak diketahui yang berada di bawah stesen itu pada pagi ini.

Tambah agensi itu, usaha menyelamat kini sedang giat dilakukan. - Utusan Malaysia

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA