SPRM Tamat Perkhidmatan Pegawai Dera Isteri


PUTRAJAYA: Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberhentikan perkhidmatan seorang pegawainya, Muhammad Nazrin Abdullah, berkuatkuasa 1 November lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Jamidan Abdullah berkata, keputusan itu dibuat lembaga berkenaan selepas Muhammad Nazrin dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lalu.

"Keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan pegawai ini berkuatkuasa 1 November lalu.

"SPRM memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi jika ada pegawai melanggar peraturan organisasi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 7 November lalu, Muhammad Nazrin juga didakwa mendera isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, bagi tuduhan mengugut birasnya dengan parang, September lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Kes berkenaan sedang dibicarakan.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA