SK Pulo Bakal Miliki Galeri Sejarah


KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo bakal memiliki galeri yang memaparkan sejarah sekolah tersebut sejak daripada penubuhannya.

Sebagai tanda sokongan pembinaan galeri tersebut, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM3,000.

Dengan kewujudan galeri itu nanti menurutnya, sejarah sekolah terbabit dapat diketahui generasi akan datang.

"Galeri ini untuk mengumpul gambar, pencapaian, sejarah lama sekolah yang secara tidak langsung dapat memberi dorongan kepada pelajar lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pasaria 2016 Pesta Memasyaraktkan PIBG SK Pulo di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai pada majlis tersebut turut menyampaikan sumbangan RM1,000 untuk pembelian peralatan dan keperluan sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menggesa ibu bapa agar memberi sokongan kepada sekolah dalam pelbagai perkara dalam usaha meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum anak masing-masing.

"Ibaratkan sekolah seperti kilang untuk lahirkan golongan bijak pandai.

"Pastikan anak kita berjaya dan kita mesti membantu impian untuk meningkatkan akademik dan menaikkan nama sekolah," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA