SK Buda Dalam Pembinaan, Kata Razi

KUCHING: Sekolah Kebangsaan Buda Saribas menjadi isu popular di Sarawak apabila berlaku tragedi sekolah dibawa arus beberapa bulan lepas yang menjadi perhatian ramai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Razi Sitam berkata, beliau telah berusaha untuk mendapat tapak baru pembinaan sekolah berkenaan.

"Melalui perbincangan dengan Ketua Menteri, kerajaan telah meluluskan tapak baru sekolah Buda.

"Terima kasih keatas Ketua Menteri yang mengambil perhatian terhadap sekolah yang begitu daif serta meluluskan tapak sekolah baru," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Razi, buat masa ini kontraktor pembinaan telah dikenalpasti dan akan melakukan tugas-tugas pembinaan secepat mungkin.

"Dengan kos RM3 juta sekolah tersebut akan dibina di bawah program tanggungjawab sosial korprat (CSR) dan akan dibina dengan kadar segera.

"Buat masa ini dengan sumbangan RM45,000, sekolah tersebut dibina sementara dan dilakukan melalui gotong royong orang kampung bagi memastikan anak-anak Kampung Buda tidak ketinggalan mata pelajaran," ujarnya.

Tambah Razi, ketika ini pelajar akan belajar dibangunan sementara, sehingga bangunan tetap sekolah berkenaan siap pada waktunya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA