#DUNSarawak: Sibu, Miri Dan Kuching Dalam Perancangan Bandar Baru


KUCHING : Sibu, Miri dan Kuching tersenarai dalam program perancangan bandar baru dan akan meningkatkan lagi fasiliti termoden pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Openg berkata, pada tahun 2017 ianya telah berada dalam proses perancangan dan kajian yang teliti oleh agensi berkaitan.

"Pelbagai perkara perlu dititik beratkan dan banyak agensi yang tebabit untuk merencanakan program bandar baru.

"Kemungkinan pada tahun 2018 program berkenaan akan dilaksanakan apabila siap kajian yang telah dilakukan," katanya kepada media.

Pada masa sama beliau turut menyentuh bahawa perancangan bandar tersebut akan mengubah bentuk pengangkutan awam seperti Sistem Aliran Ringan (LRT) dan sebagainya mengikut kesesuaian seperti populasi penduduk yang mencukupi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA