Shasha Utamakan Pelajaran Meskipun Bergelar Penyanyi



KUCHING : Pelajaran tetap menjadi keutamaan Shasha Julian meskupun sudah mengukir nama sebagai penyanyi.

Popular dengan lagu 'Bujang Sebuyau', Shasha berkata, pelajaran tidak harus diabaikan bagi menjamin masa depan.

"Saya tidak akan meninggalkan bidang nyanyian walaupun saya sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam.

"Namun aktiviti nyanyian terpaksa dikurangkan memandangkan kuliah begitu padat dan memerlukan komitmen yang tinggi," katanya kepada Sarawakiana.

Pelajar jurusan sains sukan itu menjelaskan, beliau perlu bijak mengimbangi jadual agar kedua-dua bidang berkenaan tidak terjejas.

"Saya tetap menerima jemputan nyanyian tetapi akan memastikan dahulu jadual kuliah saya tidak bertindih.

"Pada hujung minggu saya past memenuhi permintaan jemputan nyanyian tetapi ia juga bergantung pada jadual pelajaran," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA