Sertai program myLESEN jika belum memiliki lesen memandu

Image result for jabatan pengangkutan jalan
KUCHING: Rakyat negeri ini termasuk pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun ke atas yang belum mempunyai sebarang lesen memandu disaran segera menyertai program myLESEN yang akan tamat menjelang Disember nanti.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Rowena Senin, pendaftaran boleh dibuat di mana-mana institut memandu dan dokumen diperlukan adalah salinan MyKad serta borang myLESEN yang telah lengkap diisi.

“Orang yang berminat boleh mendapatkan borang myLESEN dengan memuat naik melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menambah, borang myLESEN juga boleh diperolehi di kaunter JPJ sempena Karnival Lan Berambeh Sekolah Seni Malaysia Sarawak 2016 pada 11 hingga 12 November ini bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.

Menjelas lanjut, Rowena berkata program myLESEN merupakan satu program latihan dan ujian lesen memandu kelas motosikal B2 (motosikal tidak melebihi 250 s.p) kepada rakyat Malaysia yang masih tidak mempunyai sebarang lesen memandu.

“Program ini bertujuan membantu rakyat di luar bandar dan bandar khususnya golongan belia untuk mendapatkan lesen motosikal B2.

“Pada masa sama, ia turut memberikan pendidikan tentang peraturan keselamatan di jalan raya serta meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya menunggang tanpa lesen memandu yang sah,” katanya.

Kadar bayaran yang ditetapkan untuk program myLESEN ini adalah sebanyak RM309.60 sahaja (termasuk GST dan insurans).

Antara syarat lain adalah calon mesti warganegara atau penduduk tetap Malaysia, berumur 16 tahun dan ke atas, memiliki MyKad/polis/tentera/MyPR, tidak memiliki sebarang lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan dan tidak tersenarai dalam senarai hitam mahkamah, JPJ atau polis. - UB

3 comments:

  1. Area sabah di kawasan sook keningau bila ada progrem mcm ni?

    ReplyDelete
  2. Area sabah kawasan sook keningau bila ada progrem mcm ni?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saya bak tanya di taiping perak ada tak program ni sy nak ��

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA