Seorang Hilang, Bot Karam Di Batang Lupar

gambar hiasan

SRI AMAN: Seorang dilaporkan hilang manakala empat lagi terselamat apabila bot yang mereka naiki karam di Sungai Batang Lupar,Entawai Ulu, disini awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi tadi bot berkenaan dinaiki seramai lima orang, manakala empat daripadanya sempat menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi sejurus menerima makluman awal dari anggota Balai Polis Engkelili lebih kurang jam 7.30 pagi tadi.

Sehingga berita ini ditulis identiti mangsa yang hilang masih belum diketahui dan usaha mencari dan menyelamat dari pelbagai agensi telah dimulakan -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA