Semak Semula SOP Senjata Api Penguatkuasa

Gambar Kosmo
KOTA BHARU: Jabatan Peguam Negara akan menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) penggunaan senjata api oleh semua agensi di bawah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) di seluruh negara dalam masa terdekat.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, SOP sedia ada kebanyakan agensi terutama Kastam didapati masih kabur berhubung undang-undang penggunaan senjata api dalam kalangan anggota penguat kuasa.

"Perkara ini perlu dilakukan secepat mungkin kerana ia amat genting dan penting untuk dilaksanakan.

"Pegawai penguatkuasaan masih kurang jelas dengan SOP tersebut jadi Jabatan Pegram Negara ingin mempelopori usaha ini dan berbincang dengan ibu pejabat Kastam," katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan di Wisma JKDM, Padang Bongor di sini hari ini.

Beliau berkata, selain berbincang, pihaknya akan memberi nasihat serta merangka satu SOP baru agar pegawai penguatkuasa tidak teragak-agak dan takut menggunakan senjata api apabila diri diancam.

Pada 7 Oktober lalu, seorang pegawai JKDM, Anisah Ali, 54, parah selepas kenderaan dinaikinya dalam operasi dilanggar tonto di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas dekat sini.

Anisah meninggal dunia selepas sehari menerina rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. K! ONLINE



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA