Seks Dengan Haiwan Selepas Cinta Ditolak


NAIROBI (Kenya): Seorang lelaki yang hampir mati dibelasah orang ramai selepas dia merogol seekor kambing berkata, dia memperkosa haiwan berkenaan selepas cintanya ditolak beberapa wanita.

Gabrielle Simiyi ditangkap ketika melakukan seks terhadap seekor kambing oleh jirannya pada lewat malam dan hampir dibelasah oleh penduduk kampung sebelum polis campur tangan dan menyelamatkannya.

Penduduk berkata, ini bukan kali pertama pemandu teksi motosikal itu memperkosa haiwan di kampung mereka.

Mereka mendakwa lelaki berusia 26 tahun itu sebelum ini pernah dilihat merogol lembu dan ayam.

Simiyi ditahan selepas pemilik kambing, Richard Wanyonyi memeriksa haiwan itu di Nangwe setelah mendengar kambing itu mengembek.

“Saya sangka kambing saya bergaduh sesama sendiri. Saya ke kandang dan menyalakan lampu suluh. Saya terkejut melihat lelaki itu. Dia berlari dengan pantas meninggalkan haiwan berkenaan.

“Saya tidak dapat melihat wajahnya kerana kegelapan malam. Tetapi saya peroleh kasutnya dan mula mencarinya pagi itu,” kata Wanyonyi.

Menurutnya, dia berjaya menjejaki Simiyi selepas menunjukkan kasut itu kepada pemandu lain.

Media Kenya melaporkan, Simiyi mengaku mengadakan seks dengan kambing Wanyonyi dan memohon maaf.

“Saya mempunyai masalah serius dan perlukan bantuan. Setiap kali saya mendekati gadis, mereka akan menolak. Ia menyakitkan hati saya. Saya mohon orang ramai bawa saya kepada doktor atau pakar untuk mengubati saya,” kata Simiyi. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA