Sekeluarga Unik Memiliki 12 Jari Tangan, 12 Jari Kaki



‘KELUARGA istimewa’ – demikian yang sesuai menggambarkan sebuah keluarga di India kerana semuanya memiliki ciri fizikal yang tiada pada keluarga lain, ada 12 jari tangan dan 12 jari kaki.

Mereka adalah keluarga Choudhary yang mempunyai 25 ahli keluarga dan berasal dari Gaya Village, Bihar.

Bagi keluarga Choudhary, ciri fizikal yang dimiliki mereka itu dianggap sebagai hadiah dan sumpahan.

“Saya rasa ia satu rahmat bagi kami; mustahil untuk semua sekeluarga memiliki sifat ini. Ia mesti satu mesej dari tuhan,” kata Sitbiya Choudhary.

Namun, bagi seorang lagi ahli keluarga Krishna Choudhary, 50, merasakan perkara itu sebagai satu sumpahan kerana anak perempuannya sukar untuk mencari jodoh disebabkan keunikan itu

“Ayah dan datuk saya ada 24 jari. Saya dengan adik beradik lain ada 24 jari dan anak-anak serta cucu kami pun terkesan dengan kondisi ini.

“Saya tiada masalah dengan jari tambahan tapi anak dan cucu saya terkesan teruk. Perempuan-perempuan dalam keluarga ini payah untuk berkahwin kerana kondisi ini,” katanya.

Malah, ‘jari lebih’ yang dimiliki mereka turut menyebabkan keluarga tersebut sukar untuk mencari kasut yang sesuai sehingga terpaksa memakai selipar Jepun sahaja.

Sementara itu, pakar dermatologi tempatan, Dr. Aayush Gupta memberitahu bahawa keluarga Choudhary menderita kecacatan genetik yang dinamakan Polydactyly.

Menurutnya, jari tambahan kebiasaannya tidak menimbulkan apa-apa masalah kesihatan. Namun, individu boleh membuangnya sekiranya mahu.

Sumber: Metro.co.uk

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA