‘Saya Kenal Siapa Dia’ – Ogy Pertahan Sindir Drama Elly Mazlein


Pelakon dan pengarah popular Ogy Ahmad Daud mempertahankan tindakannya mengkritik penyanyi Elly Mazlein yang tersingkir daripada program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Ahad lalu.

Ogy menerusi laman Instagram semalam berkata, Elly memang sepatutnya tersingkir kerana lebih banyak membuat ‘drama’ di pentas GV3.

Berikutan itu, Ogy dihentam teruk netizen yang kebanyakannya penyokong Elly.

“Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah ‘dramanya’ semata-mata,” katanya.

Bagi Ogy, Elly bukanlah sesiapa dalam industri muzik untuk terus diberikan perhatian.

Menurut Ogy, sejak dia membalas pertanyaan pengikut di Instagram mengenai penyingkiran penyanyi itu di minggu keempat, dia dihentam bertubi-tubi.

Ogy berkata, dia langsung tidak terjejas dengan setiap komen negatif yang dilemparkan, sebaliknya dia simpati melihat ketaksuban mereka mempertahankan penyanyi itu.

“Mereka menghina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman. Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.

“Saya memang tidak suka melayan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran,” katanya.

Sementara itu, Elly ketika dihubungi berkata, dia tidak berkecil hati dengan gelaran ‘drama queen’ yang diberikan Ogy itu.

“Saya terima gelaran itu dan tidak marah dengan kenyataan yang diberikan. Saya menghormatinya kerana cukup berpengalaman dalam dunia hiburan tanah air,” katanya. - hmetro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA