Sarawak Tolak Hudud, Tapi RUU355 Bukan Hudud - Adenan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menegaskan, Sarawak sama sekali akan menolak hukum Hudud dan ketetapan tersebut adalah muktamad, namun Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 tidak berkaitan dengan hudud.

Menurutnya, sebagaimana yang diterangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Akta 355  itu tidak berkaitan dengan hudud.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut, Adenan memberitahu, hari ini tiada apa-apa pengundian atau perbahasan di Dewan Rakyat, semua anggota Parlimen dari Sarawak tidak akan mengambil apa-apa ketetapan mengenainya setakat ini.

"Kita gembira perkara ini akan dibawa kepada satu jawatankuasa yang akan mengkaji dengan mendalam perkara ini, yang akan diwakili semua parti. Lepas itu barulah kita boleh memberi apa-apa keputusan muktamad mengenainya," katanya.

Terdahulu pada sidang media yang sama, Ahmad Zahid menjelaskan undang-undang tersebut bukan hukum hudud serta bukan undang-undang dualism iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Civil, dan ianya tidak berkuatkuasa kepada orang bukan Islam.

“Rang undang-undang tersebut telah lama wujud, dan pernah dipinda pada tahun 1984 dan ianya tidak dibentang oleh kerajaan pada sesi sidang Parlimen kali ini,” jelas Zahid. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA