Sarawak Energy Sumbang Dana RM200 Ribu Pendidikan Anak Penan


KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) tetap komited untuk menyokong pendidikan kaum Penan yang terjejas akibat projek empangan Murum (HEP) dengan menyumbang kepada Amanah Kebajikan Bakun untuk tahun kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Berhad Sharbini Suhaili menyerahkan cek berjumlah RM200,000 kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Amanah Kebajikan Bakun Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Sarawak Energy dan Amanah Kebajikan Bakun telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada tahun lalu bagi memberi sokongan pendidikan lanjut untuk Penan terutama yang terjejas oleh Projek Empangan Murum.

MoU tesebut menentukan bagaimana dana khas pendidikan bernilai RM200,000 yang diletakkan di bawah Amanah Kebajikan Bakun digunakan untuk menyokong keperluan tertentu pendidikan kaum Penan. Inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada golongan muda agar kerap menghadiri kelas dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan.

Mengulas lanjut, Sarbini berkata pihak Sarawak Energy merasa gembira dengan hasil pelaburan pendidikan berkenaan walaupun baru setahun ia dilaksanakan.

"Pada 2016,266 pelajar daripada dua sekolah rendah di Murum telah menerima anugerah insentif atas kehadiran dan prestasi akedamik yang mewakili hampir 80 peratus pelajar sekolah," katanya.

"Pelaburan sosial ini juga mencari peluang pekerjaan untuk komuniti tersebut dan buat setakat ini terdapat 17 anak muda Penan telah menamatkan latihan kemahiran selama enam bulan di Pusat Kecemerlangan Teknikal (CENTEXS) di Kuching.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA