Sanggup Makan Uri Anak Percaya Mampu Tingkatkan Otot Badan


Sydney: Seorang ahli bina badan sanggup makan uri anak perempuannya yang disimpan seminggu selepas bayi itu lahir semata-mata percaya kandungan protein di dalamnya mampu meningkatkan otot badannya.

Aaron Curtis menyimpan uri bayinya itu selama seminggu di dalam peti sejuk sebelum digoreng dan dimakan dan merakam video dirinya memasak organ itu.

“Selepas anak sulung saya diahirkan, saya terfikir mahu makan organ yang membantunya hidup sepanjang kehamilan kerana menganggap ia mampu memberi kesan positif terhadap saya.

“Sebenarnya saya sendiri pun teragak-agak ketika mahu memakannya dan selepas menunggu seminggu, saya memutuskan eloklah membasuhnya bersih-bersih supaya tidak lagi berlendir. Harap-harap saya tidak mati,” katanya berseloroh.

Curtis berkata, dia cuma memasak sedikit daging itu kerana bimbang keracunan. Sebaik masak, dia dilihat mengunyahnya dan berkata, rasanya tidak ubah seperti hati lembu. - metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA