Sanggup Gadaikan Nyawa Demi ‘Tambang Percuma’


SEBUAH video menjadi viral di media sosial memaparkan aksi berani mati seorang lelaki sanggup berpaut di belakang sebuah bas yang sedang bergerak di London.

Netizen menganggap lelaki tersebut tidak mahu membayar tambang bas untuk bersiar-siar sehingga sanggup ‘menggadaikan’ nyawa dengan berpaut di bas berkenaan.

Lelaki tersebut dilihat berpaut di belakang bas 398 yang dalam perjalanan dari stesen Ruislip ke Wood End.

Dailymail melaporkan, video tersebut berjaya dirakam seorang pengguna kenderan yang secara kebetulan berada di belakang bas.

Lelaki berkenaan dilihat berdiri di atas tebing kecil yang memaparkan nombor plat bas dan memegang pengelap cermin belakang.

Video tersebut dikongsikan dengan komen, “Bila anda tidak mampu membayar tambang bas”.

Seorang pengguna Twitter kemudiannya memberi komen, “Saya tidak tahu yang mana lebih buruk… adakah tindakan ini atau menggunakan telefon anda untuk merakamkannya semasa memandu?” – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA