Sanggup Cetak Duit Palsu Beli Iphone


KOTA BHARU – Tindakan seorang pembantu kedai makan membeli lima unit iPhone menggunakan wang palsu bernilai RM8,400 menerima balasan apabila lelaki itu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohamad Firdauded Mohd. Pauzi, 27, mengaku bersalah ke atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan semua hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 5 September 2016. Semua wang palsu yang digunakan tertuduh untuk membeli telefon tersebut dikatakan dicetak sendiri tertuduh di rumahnya di Pengkalan Batu Pasir Belakang Masjid di sini.

Mengikut lima pertuduhan yang dikenakan, Mohamad Firdauded didakwa menggunakan wang tunai palsu dalam urusan jual beli iPhone 5; 5S; 6; 6S dan 6 Plus di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Tok Guru di sini. - K!

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA