Sanggup Bergambar Bogel, Untuk Bukti Serius Jadi Model


Pengacara Gigi Hadid dikhabarkan semakin serius untuk menjadi seorang model selepas berani bergambar bogel dalam sebuah majalah.

Menurut laporan daripada E! Online, bekas kekasih Joe Jonas ini tidak hanya mempamerkan tubuh bogelnya itu tanpa seurat benang tetapi dia juga berkongsi cerita mengenai permulaannya menjadi seorang model.

"Saya selalu ingin membuktikan kepada semua orang bahawa saya adalah seorang yang baik.

"Kerana ramai orang yang ingin menjatuhkan saya serta mereka juga sering memberikan kata-kata negatif mengenai apa yang saya lakukan," katanya.

Tambahnya lagi, dia sering mendapat kritikan daripada orang ramai yang beranggapan dia menumpang populariti keluarganya untuk bergelar seorang model.

Namun, bagi Gigi dia memilih dunia peragaan sebagai kerjayanya bukan disebabkan oleh faktor keluarga sebaliknya ia merupakan keinginan dan minatnya dalam bidang fotografi.

"Sejak kecil lagi saya memang suka mengenai bidang fotografi ini, jadi untuk mendapatkan gambar cantik mereka harus mempunyai seorang model yang menarik.

"Jadi daripada situ saya belajar untuk melakukan pelbagai pose yang menarik untuk menghasilkan gambar yang cantik sehingga saya berminat untuk menjadi model," katanya.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA